SARAS 2021 Senergi Falak / Astronomi Malaysia

Behrang-: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Universiti Malaya(UM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS), Jabatan Mufti Selangor (JMS), dan Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk), Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Balai Cerap Telok Kemang bekerjasama berpadu tenaga bagi memastikan SARAS2021 mencapai piawai seminar antarabangsa. Hasil penganjuran SARAS 2021 membuktikan usaha kolaborasi secara senergi agensi-agensi berkepentingan dalam Falak/Astronomi dengan pelbagai pihak mampu memacu ilmu falak/astronomi untuk bertambah maju.

Bahagian Teknikal Jabatan Mufti Selangor, INSTUN, dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan bekerjasama memastikan aspek teknikal SARAS 2021 dalam keadaan terbaik

SARAS 2021 menampilkan Syarahan Ulung dari YDH Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Perak Datuk Dr Afifi al-Akiti (Universiti Oxford). Manakala Ucaptama Seminar disampaikan oleh Profesor Dr Nidhal Guessoum ( Universiti of Sharjah-Amerika, UAE) dan Profesor Datuk Dr Mohd Zambri Zainuddin (Universiti Malaya).

Dua penceramah negara matahari terbit, Dr. Komiko Usuda-Sato dari The National Astronomical Observatory of Japan dan Dr. Osamu Hashimoto dari Gunma Astronomical Observatory masing-masing membicarakan astronomi komuniti dan astronomi cerapan. Manakala penceramah dari negara terletaknya dua Benua (Eropah-Asia) telah dijemput khas iaitu Assoc. Profesor Dr. Ümit Ertem Presidency of Religious Affairs (Diyanet)-Turki bagi membincangkan peranan Turki dalam Ilmu Falak di peringkat Global.

Y.Bhg Dato’ Dr. Azhari bin Mohamed (Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan Malaysia, JUPEM) menyampaikan Syarahan Kertas Utama

Dua muka baharu dalam ilmu falak/astronomi iaitu Dr. Mohd Hafiz Mohd Saadon (Universiti Malaya) dan Dr. Arwin Juli Rakhmadi (Universiti Muhammadiyah Sumatera Utara) Indonesia masing-masing telah membentangkan kertas kerja bidang kepakaran mereka iatu arkeologi galaksi dan manuskrip falak/astonomi.

Wakil Jabatan Mufti Selangor, Jabatan Mufti Negeri Sembilan, INSTUN dan JAKIM berkampung di Behrang bagi memastikan kelancaran SARAS2021

JUFAS bersama rakan penganjur yang lain telah membantu mendapatkan tajaan untuk mahasiswa/mahasiswi dari Universiti Awam (UM) untuk menyertai Seminar Falak Nusantara 2021. Seminar yang berlangsung selama 2 hari ini telah menarik minat lebih 100 orang mahasiswa/mahasiswi dari dalam dan luar negara. Di samping itu, lebih 300 ahli falak/astronomi, ahli akademik, dan agensi-agensi yang berkepentingan dari Malaysia, Indonesia dan Brunei telah hadir dalam program yang agak padat itu. Seminar yang dirancang sejak sebelum pandemik covid 19 meletus akhirnya berlangsung dengan jaya secara maya pada 21-22 September 2021.