SEREMBAN – Muzakarah Falak Peringkat MABIMS (Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura) yang berlangsung dari 22 hingga 25 Julai 2025 di Klana Resort, Negeri Sembilan, telah berjaya menghimpunkan delegasi dari semua negara anggota MABIMS, termasuk Ashabus Samahah Mufti-Mufti Negeri, ahli Falak, serta para pegawai dan penyelidik falak tempatan.

Antara resolusi utama yang telah dipersetujui dalam muzakarah ini termasuklah pengoptimuman penggunaan sistem MyRukyah Hilal Kebangsaan (MyRHK) sebagai sebuah jaringan pusat data hilal serantau.
Mengikut Kasubdit Hisab Rukyat dan Syariah, Ismail Fahmi, yang hadir sebagai delegasi Indonesia berpendapat bahwa langkah ini bertujuan untuk memastikan perkongsian data cerapan antara negara anggota dapat dilakukan secara tersusun dan boleh dimanfaatkan bersama.
Selain itu, muzakarah turut memberi penekanan terhadap perbezaan antara pendekatan toposentrik dan geosentrik dalam pengiraan elongasi, yang didapati memberikan hasil hisab yang berbeza. Sehubungan itu, muzakarah bersetuju bahawa kajian lanjut bagi menjamin ketepatan dalam penentuan awal bulan Hijri.
Muzakarah turut mengiktiraf bahawa penggunaan teknik pengimejan dalam mencerap hilal adalah harus, kenampakan hilal perlulah memenuhi kriteria Imkanur Rukyah. Negara anggota digalakkan untuk meneruskan kajian lanjut dalam bidang ini, dengan Garis Panduan Cerapan Hilal Malaysia dijadikan rujukan.

Selain itu, muzakarah bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh delegasi Singapura agar kajian lanjutan terhadap teknik pengimejan dilaksanakan khusus bagi kes-kes kenampakan hilal yang berada di bawah kriteria Imkanur Rukyah MABIMS.

Menurut Dr. Arsad Hidayat, Direktur Urusan Agama Islam dan Bina Syariah, Kementerian Agama Republik Indonesia, seperti dilaporkan dalam portal rasmi kementerian:
“Dengan menggabungkan prinsip syariat dan inovasi teknologi, kita tidak hanya menjaga kesucian ibadah, tetapi juga membangun harmoni serantau.”
Muzakarah ini diharapkan dapat terus menjadi platform strategik dalam memperkukuh kerjasama serantau, menyelaras isu falak kontemporari, dan merangka inisiatif penyelidikan dan latihan bersama.
