NGO-NGO FALAK 2024

30 Juanuari 2024/18 Rejab 1445 (Selasa)-  Badan Pertubuhan bukan Kerajaan  (NGO) berkaitan falak telah dijemput menyertai program Penyelarasan Takwim & Aktiviti Falak Seluruh Malaysia Tahun 2024 di Bukit Tinggi Pahang. Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS)  & Pesatuan Falak Syar’ii Malaysia dan Sahabat Langit Utara (SALUT)  mewakili NGO di Malaysia telah membentangkan Pelan Stategik & Hala Tuju NGO Falak tahun 2024. JUFAS diwakili oleh Pengerusi, Profesor Madya Dr Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dihadiri kakitangan, pegawai-pegawai falak Jabatan/Pejabat Mufti seluruh Malaysia.

Senergi antara agensi-agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) penting dalam merangka program falak sepanjang tahun 2024 diseluruh Malaysia untuk dimanfaatkan oleh masyarakat awam di Malaysia.

 

kredit gambar: NF, Jaafar & K.A, Yazid