Penyerahan Teodolit Jabatan Mufti Pulau Pinang kepada JUFAS

30 Juanuari 2024/18 Rejab 1445 (Selasa)- Jabatan Mufti Pulau Pinang (JMP)  menyerahkan teodolit yang telah dilupuskan kepada Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS). JMP diwakili oleh Ustaz Muhammad Haniff Baderun, Penolong Mufti Kanan. Puan Hazizah Yusoff, selaku Penasihat JUFAS, mewakili Persatuan menerima peralatan falak tersebut. Majlis penyerahan ini  disertai oleh pimpinan-pimpinan JUFAS dan kakitangan JMP.

JUFAS amat berbesar hati atas sumbangan ini. Semoga  ia dapat dimanfaatkan oleh jurufalak bertauliah di Pulau Pinang dalam meningkatkan profesionalisme penyampaian perkhidmatan falak kepada masayarakat.