Pada 1-13 September 2024, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dengan kerjasama Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS), dan DIYANET telah menganjurkan Kursus Syariah (Falak) Malaysia Turkiye. Kursus ini disertai oleh beberapa orang Mufti, Pensyarah Universiti Malaya, Pegawai-pegawai Falak dari pelbagai Jabatan di seluruh Malaysia.
Menurut Pengerusi JUFAS, Prof. Madya Dr. Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi yang juga merupakan Pengarah program ini ditemui berkata, “kursus ini antara lain bertujuan untuk memasarkan atau mempromosikan falak Malaysia di peringkat antarabangsa. Disamping itu, peserta dapat belajar secara lebih dekat berkaitan perkembangan ilmu falak negara Turkiye yang menjadi trendsetter dalam beberapa isu falak diperingkat global”. Diharap program ini memberikan impak yang positif kepada falak Malaysia.