Persatuan Jurufalak Syarie merupakan (JUFAS) Non-governmental organizations (NGO’s) berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Persatuan ini bertujuan mengembangkan ilmu falak dalam pelbagai bentuk kepada masyarakat awam di samping memberikan khidmat sosial kepada masyarakat berkaitan dengan ilmu falak di Malaysia.
JUFAS diangotai oleh mereka yang berkelulusan dari institutusi pengajian awam atau swasta yang berkaitan falak/astronomi. Selain itu, para pegawai atau kakitangan sedang berkhidmat atau pernah berkhidmat dengan agensi kerajaan berkaitan falak turut mengangotai persatuan ini.
Objektif Penubuhan
Membuat dan menganjurkan kajian, kertas kerja, peninjauan atau penyelidikan atas aspek-aspek terbabit dengan bidang profession ini.
Memberi kerjasama kepada kerajaan dan agensinya dalam melaksanakan dasar-dasar negara khususnya yang melibatkan bidang profession ini.
Meningkatkan taraf profesionalisme di kalangan ahli-ahli.
Menjaga kebajikan am ahli-ahli.
Mengadakan program dan aktiviti dalam dan luar negara.
Carta Organisasi JUFAS 2023-2024
Dr. Abdul Ghaffar Surip
Penasihat 1
Hazizah Yusoff
Penasihat 2
Prof. Madya Dr. Mohd Saiful Anwar Bin Mohd Nawawi
Pengerusi
Sr. Muhammad Daud Bin Mahdzur
Timbalan Pengerusi
Khairul Anuar Yazid
Setiausaha
Nur Firdausi Othman
Penolong Setiausaha
Shahril Azwan Hussin
Bendahari
Muhammad Saidul Marjuni
Timbalan Bendahari
Mohamad Faizal Jani
Jawatankuasa Penerbitan
Tuan Haji Hardi Mohamad Sadali
Jawatankuasa Penerbitan
Dr. Raihana Abdul Wahab
Jawatankuasa Latihan
Ahmad Taufan Rashid
Jawatankuasa Latihan
Mohd Rashidi Isa
Jawatankuasa Hal Ehwal Kiblat
Muhammad Haniff Baderun
Jawatankuasa Hal Ehwal Kiblat
Ahmad Najmuddin Zulkeflee
Jawatankuasa Komunikasi & Multimedia
Muhammad Ridzuan Hashim
Jawatankuasa Ekonomi
Falsafah Logo
كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
“Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.” -(Surah Yasin)
Bulatan Luar dan Dalam : Sfera samawi yang mengandungi badan cakerawala yang semuanya beredar di atas manzilah masing masing bersesuaian dengan prinsip
Warna Biru: Menggambarkan perpaduan dan keharmonian yang kukuh dan komited di kalangan ahli dalam melaksanakan aktiviti falak terutama bagi memenuhi keperluan syarie.
Teleskop : melaksanakan penyelidikan secara berterusan untuk perkembangan ilmu falak.
Latar Belakang Bintang Bintang : Sebagai pedoman dan panduan yang dirujuk dalam ilmu falak.
Tulisan JAWI dan 2 bintang : Melambangkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan utama, kitab turath falak sebagai p anduan dan halatuju persatuan.
Tulisan JAWI dan 2 bintang : Melambangkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan utama, kitab turath falak sebagai p anduan dan halatuju persatuan.
Tulisan RUMI (Persatuan Jurufalak Syarie) : Identiti Persatuan Jurufalak Syarie