Penubuhan Persatuan Ahli Falak Asia Tenggara

Seremban, 23 Julai 2025 | 28 Muharam 1447H – Persatuan Ahli Falak Asia Tenggara atau Southeast Asian Association of Islamic Astronomers (SAAIA) telah ditubuhkan secara rasmi di Klana Resort, Seremban. Inisiatif ini digerakkan oleh Bimas Islam, Kementerian Agama Republik Indonesia, yang akan melibatkan penglibatan ahli-ahli falak dari negara-negara Asia Tenggara

Penubuhan SAAIA bertujuan memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang falak Islam melalui penyelidikan bersama, pertukaran maklumat,  dan pendidikan falak yang lebih tersusun.

Profesor Dr Ahmad Izzudin, M.Ag dari Indonesia telah dilantik sebagai Pengerusi SAAIA dalam struktur kepimpinan awal.

Persatuan Jurufalak Syarie menyambut baik penubuhan ini sebagai satu langkah penting ke arah penyatuan usaha falak Islam serantau demi kemaslahatan umat.