SEMAKAN ARAH KIBLAT DALAM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

 

27 Mei 2020, Sebahagian umat Islam di Malaysia berpeluang menyemak arah kiblat di rumah masing-masing secara tradisional dengan menggunakan kaedah istiwa’ ‘Azam. Pada jam 5.16 petang bayang-bayang matahari yang terhasil akan menunjukkan arah yang tepat ke arah Kaabah. Peristiwa ini pada berlaku pada 4 Syawal 1441 H serta dalam tempoh  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Dalam pada itu, sebilangan umat Islam sedang meneruskan puasa  sunat enam hari di bulan Syawal. Manakala kanak-kanak tidak digalakkan keluar dari rumah dalam tempoh ini dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

 

Dalam suasa PKPB sudah tentu ia memberi peluang kepada ibu-bapa melakukan cerapan bayang matahari bersama-sama anak-anak mereka. Melalui cerapan ini secara tidak langsung mendedahkan kepada anak-anak sifat cahaya dan konsep pembentukan bayang yang dipelajari di sekolah. Konsep pembentukan bayang ini juga penting dalam Ibadah seorang muslim khususnya dalam penentuan waktu solat zohor dan asar.

 

Sehari atau dua hari sebelum peristiwa istiwa’ ‘Azam, Jabatan/Pejabat Mufti Negeri-Negeri di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Persatuan Falak Syar’i Malaysia, pengiat falak/astronomi telah meyediakan poster-poster yang berkaitan bagi mewarwarkan kaedah pelaksanaan semakan arah kiblat tersebut.

Sumber: Facebook Persatuan Falak Syar’i Malaysia

Disamping itu juga terdapat pihak-pihak tertentu seperti page Apadilangit, Oh Astronomi menyediakan video melalui saluran youtube dan media-media sosial yang lain bagi menjelaskan cara dan kaedah pelaksanaan semakan arah kiblat menggunakan kaedah istiwa’ ‘Azam ini.

Tinjauan di media sosial mendapati ramai yang menggunakan pelbagai peralatan untuk mendapatkan bayang bagi menandakan arah kiblat rumah masing-masing. Tinjauan melalui page falakOnline mendapati orang ramai yang telah berpeluang menyemak arah kiblat menggunakan kaedah ini telah berasa gembira dengan sama-sama mengirimkan hasil cerapan mereka.

Bagi umat Islam yang tidak berkesempatan untuk menyemak arah kiblat menggunakan kaedah iswa’ ‘azam pada kali ini disebabkan cuaca mendung, mereka masih berpeluang untuk menyemak pada 15 Julai pada jam 5.28 petang pada tahun ini.