13 Disember 2023 (Rabu) :- Ustaz Muhammad Haniff Baderun, Ahli Jawatankuasa Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS) telah menyerahkan amanah sumbangan kutipan derma yang dibuat melalui facebook Persatuan Jurufalak Syarie JUFAS kepada Sahabat Falak Pulau Pinang, Saudara Encik Aizuan Azmi. Sebanyak RM 450 telah disumbangkan oleh orang ramai dan RM 550 disumbangkan oleh JUFAS.
Beliau yang banyak menyumbang kepada perkembangan falak negeri Pulau Pinang telah diuji dengan penyakit lumpuh akibat serangan strok. Semoga sumbangan tersebut dapat merigankan beban beliau. JUFAS mendoakan agar Saudara En Aizuan Azmin dipermudahkan urusan dan lekas sembuh.
JUFAS mengucapakan jutaan terima kasih kepada penderma-penderma yang telibat dalam menjayakan usaha ini. Jazakumullahi Kairan Jaza’.