JUFAS Perihatin

Kuala Lumpur: Disaat semua rakyat Malaysia berkurung di rumah kala pendamik COVID-19 belum berakhir , salah seorang kakitangan Falak di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah diuji dengan ujian kesihatan. Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS ) mengambil inisiatif melancarkan sumbangan kilat kepada sahabat yang telah ditimpa dengan musibah tersebut. Hasil sumbangan sahabat-sahabat dalam bidang falak sebanyak RM 1000 lebih telah berjaya dikumpulkan. Memandangkan kekangan aktiviti ziarah, sumbangan diserahkan oleh Sr. Muhammad Daud Bin Mahdzur, Timbalan Pengerusi JUFAS kepada isteri beliau secara bank-in pada 6 Ogos 2021

Gambar Ehsan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Seterusnya, Pada 31 Ogos 2021 (Selasa), JUFAS juga telah mengadakan majlis bacaan Yaasin dan Doa Selamat melalui online dipimpin oleh Tuan Haji Razali Al-Falaki Al-Hafiz Al-Sarawaki bagi mendoakan kesejahteraan keluarga falak dan ahli Falak dari JUPEM yang diuji dengan musibah tersebut. Seluruh keluarga JUFAS mendoakan agar dipermudahkan urusan sahabat-sahabat Falak.