Program Pengajian IKHTISAS, Akademi Pengajian Universiti Malaya (APIUM) dengan kerjasama Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS) telah menganjurkan Program Sijil Kemahiran Juru Falak (Kiblat) buat julung kalinya pada tahun 2024. Objektif program ini adalah melatih dan melahirkan tenaga kerja yang berkelayakan serta kompeten melaksanakan kerja-kerja jurufalak khususnya berkaitan hal ehwal kiblat di Malaysia. Kursus ini juga mempersiapkan pengetahuan dan kemahiran untuk bagi melahirkan tenaga juruukur kiblat yang terlatih.
Kursus yang pertama kali ditawarkan ini menarik minat seramai 27 orang pelajar. Program selama 4 bulan ( 25 Mei 2024 hingga 29 September 2024) telah menawarkan 7 modul yang digubal khas bersama IKHTISAS, APIUM & JUFAS. Modul-modul yang diperkenalkan dalam kursus ini adalah Astronomi Am, Matematik dan Astronomi dalam Kiblat, Fiqh Kiblat, Penentuan Arah Kiblat, Prosedur Operasi Standard (SOP) Penentuan dan Semakan Arah Kiblat Menggunakan Teodolite dan Kompas dan Praktikal Lapangan.
Menurut salah seorang peserta kursus Mohd Isa bin Senawi ditemui berkata “Program ini adalah satu usaha yang terbaik daripada pihak penganjur dengan barisan pakar dalam bidang masing-masing. Program ini wajib diteruskan untuk ambilan peserta setiap musim”. Diharap program ini diteruskan lagi pada masa akan datang