PENGENALAN

JUFAS

Persatuan Jurufalak Syarie merupakan Non-governmental organizations (NGO’s) yang berdaftar (PPM-025-16-12112018) dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Persatuan ini di lancarkan oleh Datuk Haji Mohamad Nordin Bin Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 17 september 2019 di Tamu Hotel & Suites,  Kampung Baru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Persatuan ini bertujuan mengembangkan ilmu falak dalam pelbagai bentuk kepada masyarakat awam di samping  memberikan khidmat sosial kepada masyarakat berkaitan dengan ilmu falak di Malaysia. Persatuan ini diangotai oleh mereka yang berkelulusan dari institutusi pengajian awam atau swasta yang berkaitan falak/astronomi. Selain itu, para pegawai atau kakitangan sedang berkhidmat atau pernah berkhidmat dengan agensi kerajaan berkaitan falak turut mengangotai persatuan ini. Justeru, kemahiran ahli-ahli falak dapat digembeleng dalam memberikan perkhidmatan sosial yang terbaik kepada masyarakat.

Hubungi KAMI

Image Sources: Astrolabe Wikimedia Commons,The bright band of the Milky Way stretches across the Wyoming sky in Grand Teton National Park. PHOTOGRAPH BY BABAK TAFRESHI, NAT GEO IMAGE COLLECTION nationalgeographic.com

Scroll to Top