Professor Dr Mohammad Ilyas Shahabudin, Tokoh Maal Hijrah, Negeri Pulau Pinang 2023.

1. Beliau adalah antara orang yang terkehadapan dalam usaha untuk menggabungkan sains dengan Islam dalam penentuan awal bulan Hijriah.
2. Ketika buku beliau “Astronomy in Islamic Calendar” ditulis, iaitu sekitar tahun 1960-1997, beliau mengambarkan situasi dimana penentuan awal bulan Islam ditentukan oleh dua kumpulan yang berbeza.
3. Kumpulan pertama daripada latar belakang Shariah, mereka yang menentukan awal bulan Hijriah dengan kenampakan anak bulan, dan menolak semua unsur sains yang ingin diterapkan dalam penentuan awal bulan Hijriah.
4. Kumpulan kedua, dari latar belakang sains dan cuaca. Mereka melakukan penentuan awal bulan Islam dengan pengiraan dan method sains semata-mata, tanpa mengira unsur Shariah yang sepatutnya diterapkan bagi penentuan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah.
5. Pada ketika itu, penentuan awal bulan Hijriah di seluruh dunia masih dibelenggu msalah oleh laporan-laporan kenampakan anak bulan yang meragukan, dan belum ada lagi orang Islam yang dijadikan rujukan bagi kajian kenampakan anak bulan.
6. Beliau menyeru agar Umat Islam, sama ada dari latar belakang Shariah, dan Astronomi dan Cuaca, untuk bersama-sama bekerjasama untuk bagi menyelesaikan masalah penentuan awal bulan Hijrah yang menjadi polemik pada ketika itu.
7. Pada 2023, 30 tahun selepas buku beliau ditulis, kerjasama di antara autority sains dengan Shariah dalam bidang dilihat semakin erat. Di Malaysia, cerapan anak bulan Muharram dilakukan bersama-sama dengan Jabatan Fizik, Jabatan Ukur, Jabatan Mufti, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Di Brunei, pengiraan data anak bulan dilakukan oleh Jabatan Ukur Brunei untuk dibentangkan kepada Menteri Hal Ehwal Ugama dan Ketua Hakim Syarie Brunei. Amalan yang sama dapat dilihat Afrika Selatan, dan Indonesia.
8. Walaupun beliau dilihat sebagai seorang yang tegas pada pandangan dan pendirian beliau, tetapi idea dan kajian beliau masih lagi digunakan sehingga ke hari ini, dan akan digunakan untuk tahun-tahun yang mendatang.
Tahniah diucapkan kepada Professor Dr Mohammad Ilyas diatas pengiktirafan Tokoh Maal Hijrah Negeri Pulau Pinang 2023.