SEMINAR FALAK NUSANTARA 2021

Seminar Falak Nusantara (SARAS) adalah salah satu wadah pencerahan tentang ilmu falak/astronomi. Penganjuran seminar ini merupakan salah satu program berimpak melibatkan tenaga penceramah mahir dari dalam dan luar negara. Disamping itu, seminar ini adalah sebagai platform perkongsian idea mengenai kajian-kajian baharu dalam bidang falak / astronomi. Penganjuran SARAS yang pertama telah diadakan pada 17-18 Oktober 2018 telah menarik minat ramai peserta dirantau ini. Seminar yang dirancang secara dwi- tahunan ini terpaksa di tunda berikutan Pandemik COVID-19 dan direncanakan akan berlangsung pada tahun 2021. 

1.0 Tema

Ilmu Falak, Masyarakat dan Revolusi Industri 4.0

2.0 Objektif

Memberikan pendedahan khusus kepada golongan sasaran mengenai teori dan aplikasi ilmu falak / astronomi di nusantara. Memberikan peluang kepada golongan sasaran untuk mendapatkan dimensi baru ilmu falak / astronomi khususnya di nusantara; dan Membuka diskusi ilmiah dalam ilmu falak / astronomi antara negara serantau.

3.0 Sub Tema

Astronomi Islam/Falak, Astronomi Cerapan, Astronomi Teori, Astronomi Komuniti, Sejarah Astronomi/Falak, Astronomi Budaya

4.0 Syarahan Ulung (Distinguished Lecture)

YDH Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Perak Dato’ Dr Afifi al-Akiti (Universiti Oxford)

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan Malaysia

YDH Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Dato’ Dr Afifi al-Akiti

YDH Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Perak Dato’ Dr Afifi al-Akiti merupakan ulama Melayu di Universiti Oxford dan serba berkebolehan dalam pelbagai bidang keilmuan. Beliau mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia (dan Nusantara) pertama yang dilantik mengajar di universiti termasyhur di dunia. Pada tahun 2010, beliau menerima Watikah Perlantikan sebagai Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak yang diperkenankan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Beliau dikurniakan gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan sebagai Orang Besar 8 Perak dan dilantik Ahli Rasmi Dewan Negara Perak pada tahun 2012, dan dimasyhurkan tahun 2018. Pada tahun yang sama, beliau dilantik oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam di Peringkat Persekutuan. Semenjak tahun 2010, beliau diiktiraf dalam senarai tahunan 500 orang Islam yang paling berpengaruh di dunia (The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims).

5.0 Ucaptama (keynote Speakers)

Profesor Dr Nidhal Guessoum (Profesor, American University of Sharjah, UAE)

Profesor Dr Nidhal Guessoum

Prof Dr Nidhal Guessoum adalah ahli astrofizik berasal dari Algeria. Dia mendapat Sarjana Muda Sains, M.Sc. dan Ph.D. dari University of California di San Diego dan menghabiskan dua tahun sebagai penyelidik pasca doktoral di NASA’s Goddard Space Flight Center. Dia telah melakukan penyelidikan di beberapa pusat terkemuka di Amerika Syarikat dan Perancis. Dia telah berkhidmat di  American University of Sharjah, UAE, sejak tahun 2000. Sepanjang itu, beliau telah berkhidmat sebagai ketua Jabatan Fizik, Timbalan Dekan Kolej Sastera dan Sains, Presiden Senat Fakulti, dan lain-lain. Selain menerbitkan hasil kerja penyelidikan dalam bidang astrofizik dan diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi  antaranya Monthly Notices of the Royal Astronomical SocietyAstronomy & Astrophysics , Prof Nidhal Guessoum telah menerbitkan beberapa buku yang telah diterima baik oleh pakar bidang dan masyarakat umum, Antara buku-buku tersebut The Young Muslim’s Guide to Modern Science (Manchester, UK: Beacon Books, 2018); Islam’s Quantum Question: reconciling Muslim tradition and modern science (London: IB Tauris, 2010), Buku-buku beliau yang telah diterbitkan dalam bahasa Perancis (dalam dua edisi), dalam bahasa Arab, bahasa Indonesia, dan dalam bahasa Urdu.  Buku The Story of the Universe (dalam bahasa Arab),  mempunyai 4 edisi dan terjual lebih dari 10,000 naskah. Buku The Determination of Lunar Crescent Months and the Islamic Calendar, dengan dua edisi (satu di Algeria dan satu di Lubnan) telah memberi kesan yang sangat besar terhadap dunia  Arab-Islam dalam isu falak tersebut. Dia juga telah mengedit dua jilid prosiding persidangan mengenai “Astronomi Islam/Falak” (dalam bahasa Inggeris dan Arab), dan menerbitkan banyak artikel mengenai isu-isu sains umum dalam bahasa Arab, Inggeris, dan Perancis. Prof Nidhal Guessoum telah dijemput untuk memberi kuliah di universiti berprestij seperti Universiti Cambridge, Universiti Oxford, Universiti Cornell, Universiti Wisconsin, Universiti Malaya, NYU Abu Dhabi, dan lain-lain di seluruh dunia. Beliau telah ditemu ramah di banyak media antarabangsa, termasuk BBC, The Times, Le Monde, Al-Jazeera, Der Spiegel, NPR, France 2, France 24, Fox News, Sky News Arabia, dan lain-lain. Beliau adalah kolumnis untuk Arab News dan juga menulis untuk majalah. Beliau aktif di media sosial  pengikut atau follower beliau begitu ramai 118,000 Twitter, 98,000 di Facebook, dan hampir 400,000 di YouTube, melalui medium ini beliau beriteraksi dengan pengikut-pengikut  dengan menyajikan rancangan Ta’ammal Ma`I khusus mengenai sains, budaya, dan pendidikan.

Y.Bhg Profesor Dato’ Dr Mohd Zambri Zainuddin (Profesor Kehormat, Universiti Malaya)

Y.Bhg Profesor Dato’ Dr Mohd Zambri Zainuddin

Beliau merupakan Fellow Royal Astronomical Society (FRAS) United Kingdom, ahli International Astronomical Union (IAU), Paris, dan Fellow Institute Physics Malaysia (FIPM). Setelah menamatkan PhD dalam Instrumentasi Astronomi di Universiti Durham United Kingdom (1983) selama 13 tahun di Pusat Pengajian Asasi Sains, Universiti Malaya. Seterusnya, beliau menyertai Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Malaya pada tahun 1996 dan menubuhkan Kumpulan Penyelidikan Fizik Angkasa. Kajian-kajian beliau bersama ahli-ahli kumpulan penyelidikan tersebut antara lain berkaitan dengan bidang astronomi Islam (sains kenampakan anak bulan, penentuan arah kiblat, waktu solat), bintang-bintang jenis awal dan akhir melalui teknik spektroskopi, astrofizik, pendidikan astronomi, kitaran matahari, gerhana matahari dan gerhana bulan.  Seterusnya beliau terlibat dalam kajian kriteria kenampakan anak bulan sejak tahun 2000 sehingga sekarang ini. Kajian ini diusahakan bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam mencerap secara konsisten data-data kenampakan anak bulan di Teluk Kemang selama tempoh satu tempoh kitaran soros bulan (18 tahun). Beliau telah menduduki pelbagai jawatankuasa di peringkat universiti dan peringkat kebangsaan yang berkaitan dengan bidang astronomi dan astrofizik. Semasa menjawat jawatannya sebagai pensyarah dari 1983 hingga 2014 di Universiti Malaya, beliau telah memegang jawatan seperti ketua bahagian, timbalan pengarah, pengarah, ahli senat universiti dan timbalan dekan. Beliau juga mengangotai pelbagai jawatankuasa di peringkat universiti dan kebangsaan seperti Panel Pakar Falak Jakim yang dulunya dikenali Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam, Panel Keselamatan dan Pertahanan untuk Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Ahli Kluster Sains dan Matematik di bawah Majlis Profesor Negara di Kementerian Pendidikan. Setelah bersara wajib beliau menyumbang bakti sebagai Profesor di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Seterusnya kembali ke Universiti Malaya khususnya Akademi Pengajian Islam untuk terus berkhidmat sebagai Professor Pelawat di Akademi Pengajian Islam, UM. Beliau kini aktif dalam aktiviti penyelidikan bersama JAKIM serta melakukan aktiviti kemasyarakatan khususnya memberi ceramah berkaitan falak/astronomi. Beliau telah diamanahkan untuk memimpin Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor sebagai YDP. Kini beliau merupakan Profesor Kehormat di Program Astronomi Islam, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

6.0 Kertas Utama (Main Speakers)

Y.Bhg Dato’ Dr. Azhari bin Mohamed (Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan MalaysiaJUPEM)

Y.Bhg Dato’ Dr. Azhari bin Mohamed

Y.Bhg Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed (D.P.M.K, D.M.S.M, A.M.N, P.J.K, FRISM) merupakan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Juruukur Daerah di Kelantan, Kedah dan Perlis dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Ukur Seksyen Geodasi (kini dikenali sebagai Bahagian Ukur Geodetik) dan Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan di Ibu Pejabat JUPEM. Beliau merupakan pemegang Ijazah Pertama B.Sc. (dengan kepujian) dalam bidang Sains Ukur dan Pemetaan dari University of East London pada tahun 1984 dan M.Phil dalam GPS Geodesy dari University of Newcastle pada tahun 1995. Pada tahun 2003, beliau telah memperolehi PhD dalam bidang Kejuruteraan Geomatik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Minat penyelidikan beliau merangkumi kajian tentang pergerakan dinamik bumi yang dicerap menggunakan teknik geodetik angkasa, siri masa GPS dalam pemantauan pergerakan kerak bumi, perubahan aras laut, astronomi Islam dan cerapan anak bulan. Beliau merupakan penulis dan penulis bersama lebih daripada 50 makalah teknikal dan tujuh buku yang merangkumi pelbagai topik, terutamanya dalam bidang geodesi dan astronomi Islam/falak. Pada masa kini beliau adalah Pengerusi Lembaga Juruukur Tanah Malaysia (LJT), Timbalan Presiden Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM), Mantan Pengerusi Bahagian Geomatik dan Ukur RISM, Timbalan Presiden Persatuan Falak Syarie, Setiausaha Pasukan Penjejak Gerhana Kebangsaan (ET) dan ahli jawatankuasa Panel Pakar Falak JAKIM. Pada tahun 2017, beliau telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kumpulan Kerja 1 Geodetic Reference Framework for Sustainable Development, United Nations Global Geospatial Information Management Asia Pacific (UN-GGIMAP). Beliau telah dilantik sebagai pemeriksa luar bagi tesis Sarjana dan dilantik sebagai penyelia bersama seorang pelajar PhD. Beliau juga merupakan Fellow RISM, Felo Kehormat dari International Institute of Utility Specialists (IIUS) Hong Kong, Juruukur berlesen dan merupakan Profesor Adjung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau telah muncul di beberapa siri program televisyen, termasuk RTM1 Inovasi, Buletin Utama TV3, RTM1 Panorama, Jurnal Islam dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam serta TV3 Selamat Pagi Malaysia dan TV9 Nasi Lemak Kopi ‘O’. Pada tahun 2018, beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan oleh Timbalan Yang DiPertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Dato’ Sr Dr. Azhari telah berkahwin dengan seorang guru bahasa Inggeris dan sehingga kini beliau telah dikurniakan dengan 4 orang anak.

Dr. Kumiko Usuda-Sato The National Astronomical Observatory of Japan (NAOJ) JEPUN

Dr. Kumiko Usuda-Sato

Dr. Kumiko Usuda-Sato berkelulusan PhD dalam bidang Astronomi.  Kini beliau bekerja di Pusat Perhubungan Awam, Balai Cerap Nasional Jepun (National Astronomical Observatory of Japan, NAOJ). Selama 15 tahun di Hawaii beliau terlibat dalam aktiviti santun masyarakat setempat dalam memperkenalkan Teleskop Subaru dan Teleskop Infra Merah yang terletak di Mauna Kea, Hawaii. Kemudian beliau pulang ke Tokyo pada tahun 2013. Menyedari bahwa astronomi adalah inklusif bukanya eksklusif, Dr Usuda-Sato telah menjadikan kawasan pelawat di Ibu Pejabat Mitaka NAOJ mesra kepada golongan kurang upaya  (OKU) dengan meletakkan tulisan braille, audio dan bahasa isyarat. Beliau juga telah membina taktil 3 Dimensi untuk Teleskop Subaru bagi manfaat golongan tersebut. Kini beliau merupakan penyelaras NAOJ Citizen Science Project GALAXY Cruise yang menggunakan data berskala besar yang dicerap menggunakan Teleskop Subaru.

Dr. Awin Juli Rakhmadi (UniversitI Muhammadiyah Sumatera Utara) Indonesia

Dr. Awin Juli Rakhmadi

Dr. Arwin Juli Rakhmadi Butar-Butar, MA, merupakan anak kelahiran Medan, Sumatera Utara Indonesia. Mendapat pendidikan Sarjana Muda Syariah di Fakultas Syariah Universitas Islam Sumatera Utara (UISU). Seterusnya melanjutkan pelajaran di “Institute of Arab Research and Studies” Cairo, Mesir pada peringkat Sarjana dan PhD. Beliau telah mengkaji dalam bidang  Filologi- Astronomi dengan mentahkik kitab “Ghunyah al-Fahim wa ath-Thariq Ila Hall at-Taqwim” karya Ahmad bin Rajab al-Majdi (w. 850/1446) pada peringkat Sarjana dan  mentahkik kitab “Jami’ al-Mabadi’ wa al-Ghayat fi ‘Ilm al-Miqat” karya al-Hasan bin Ali al-Marrakusyi (w. ± 680/1281) di peringkat PhD. Beliau aktif menulis  dalam bidang falak dan menghasilkan pelbagai karya seperti  Observatorium Sejarah dan Fungsinya di Peradaban Islam (UMSU Press, 2014), Mengenal Karya-Karya Ilmu Falak Nusantara (Transmisi, Anotasi, dan Biografi) Arti Bumi Intaran, 2018), Filologi Astronomi (UMP Press, 2017), Etno-Arkeo Astronomi (Menguak Sisi Astronomi Bangunan-Bangunan Kuno dan Tradisi Masyarakat Silam) [Media Sahabat Cendekia, 2019], Kajian Astronomi Islam Di Indonesia (Realita, Dinamika, dan Cita-Cita) [Suara Muhammadiyah, 2020] dan lain-lain lagi. Kini beliau menjawat jawatan sebagai Pensyarah Tetap di Fakultas Agama Islam Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara. Beliau juga diamanahkan sebagai Ketua Observatorium (Balai Cerap) Ilmu Falak Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara.

Dr. Osamu Hashimoto (Gunma Astronomical Observatory) JEPUN

Dr. Osamu Hashimoto

Dr. Osamu Hashimoto mendapat ijazah PhD, Sarjana dan Sarjana Muda dalam bidang Sains Astronomi di University of Tokyo, Jepun. Beliau berpengalaman luas dalam bidang astronomi cerapan. Antara kajian yang ditekuni beliau adalah kajian evolusi bintang gergasi merah, struktur galaksi, fotometri dan spektroskopi bintang. Beliau kini merupakan penyelidik kanan di Balai Cerap Gunma (GAO). Balai Cerap Gunma telah berjaya ditubuhkan pada tahun 1999 yang bukan sahaja untuk tujuan penyelidikan astronomi, malah untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah dan orang awam dari pelbagai lapisan usia. Balai cerap Gunma dilengkapi dengan teleskop berdiameter 1.5-meter dan pelbagai instrumentasi astronomi lain. Balai cerap yang terletak di Takayama ini merupakan satu tempat strategik untuk aktiviti astronomi. Tempat ini dilindungi oleh ordinan yang mengawal pencemaran cahaya yang dikenali sebagai “Lighting Environmental Ordinance”. Dr Osamu Hashimoto merupakan antara penyelidik yang awal menyertai Balai Cerap Gunma (tahun 1997) dan terlibat dalam membangunkan balai cerap tersebut serta mempergiatkan aktiviti penyelidikan astronomi dan aktiviti santun masyarakat di Balai Cerap Gunma hingga ke hari ini.

Assoc. Profesor Dr. Ümit Ertem Presidency of Religious Affairs (Diyanet)-Turki

Assoc. Profesor Dr. Ümit Ertem

Assoc. Prof. Dr. Ümit Ertem  merupakan ahli astronomi berkelulusan PhD dalam bidang Fizik-Matematik dari Universiti Ankara, Turki. Beliau terlibat dalam kerja-kerja penyelidikan di Universiti Ankara Turkey dan Universiti Edinburgh, United Kingdom. Beliau telah menerbitkan 21 kertas kerja ilmiah dalam jurnal-jurnal antarabangsa. Sekarang ini beliau bekerja sebagai ahli astronomi di Direktorat Hal Ehwal Agama Turki.

Dr. Mohd Hafiz Mohd Saadon (Universiti Malaya)

Dr. Mohd Hafiz Mohd Saadon

Dr. Mohd Hafiz bin Mohd Saadon menamatkan pengajian Sarjana Muda Sains dan Sarjana Sains di Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Malaya. Beliau mula berkecimpung dalam dunia astronomi secara aktif pada tahun 2008 di Makmal Fizik Angkasa, Jabatan Fizik, Universiti Malaya, apabila mula melibatkan diri dalam kajian spektroskopi bintang dan kenampakan anak bulan. Beliau turut menyertai ekspedisi-ekspedisi menjejak gerhana matahari di Indonesia (2009), China (2009), Maldives (2010) dan Australia (2012). Di samping itu, beliau pernah terlibat dengan pendedahan aktiviti pencerapan langit kepada orang awam, antaranya melalui program Jom Teropong anjuran Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor pada 2011-2013. Beliau baru sahaja menamatkan pelajaran di peringkat kedoktoran di Universiti New south Wales, Sydney, Australia, dan menjadi ahli Astronomical Astronomical Society of Australia dari tahun 2017. Beliau turut pernah menyertai kumpulan penyelidikan K2-HERMES dan Galactic Archaelogy with HERMES yang menggunakan Anglo-Australian Telescope kelolaan Australian Astronomical Observatory (AAO). Hasil penyelidikan kumpulan tersebut telah diterbitkan dalam jurnal Monthly Notices of the Royal Astronomical Society. Tesis beliau memfokuskan kepada arkeologi galaksi dan kelompok globul. Kini beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan Program Astronomi Islam, Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam.

7.0 Format Penulisan Kertas Kerja

Untuk Pembentang Utama dan Pembentang Sesi Selari (Invited Speakers and Presenters Download SARAS Manuscript Template here;https://drive.google.com/file/d/1ZWXW_eyjCxGYXxRSlnpNmqMWtPN4kduV/view?usp=sharing

8.0 Penyertaan

Terbuka Kepada Pensyarah/ahli akademik/ penyelidik/Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri/ Pejabat Mufti/Badan Bukan Kerajaan (NGO)/ Mahasiswa IPT dan orang awam

9.0 Yuran & Pembayaran

Peserta RM150 / Pembentang RM 200

Pembayaran boleh dibuat kepada;

Nama bank: Bank Rakyat
Nama akaun: Kelab INSTUN
No. akaun: 1100934858

Salinan bukti transaksi pembayaran perlulah diemelkan kepada : saras.astronomy@gmail.com

10Medium

Dalam Talian (Zoom-online)

11. Tentatif Seminar dan Buku Program

Tentatif Utama dan Tentatif Sidang Selari SARAS 2021 serta Buku Program boleh didapati melalui link berikut;https://drive.google.com/drive/u/2/folders/1m_xemjrfPjOxXfOqqMyJP6z7-h00xZLJ

12Ahli Jawatankuasa Induk SARAS 2021

Inst.Nama
Penasihat 1INSTUNYBrs. Puan Norehan binti Omar
Pengarah 1INSTUNSr Ahmad Azmi bin Hashim, PMC
Timb Pengarah 1INSTUNSr Rabiulkhair bin Mohd Nor
Timb Pengarah 2UMDr. Mohd Saiful bin Anwar Mohd Nawawi
Timb Pengarah 3JMNSEn.  Mohd Rashidi bin Isa
Setiausaha 1INSTUNSr Siti Arifah binti Abdul Kader
Setiausaha 2JMNSEn.  Shamsul Zahri bin Mohd Salleh
Setiausaha 3UMCik Suria binti Yusop
Setiausaha 4JAKIMEn. Khairul Anuar bin Yazid
Jawatankuasa Kewangan/TajaanKelab INSTUN
JUFAS
Sr Norfariza binti Zainal
En. Shahril Azwan Bin Hussin
Jawatankuasa PersidanganUMDr. Nazhatulshima Ahmad
Jawatankuasa LogistikJMNSEn.  Mohd Rashidi bin Isa
Jawatankuasa PendaftaranINSTUNSr Nor Mahani binti Ibrahim
Jawatankuasa PercetakanJUPEMSr Balya Amin Bin Yusoff @ Che Man
Jawatankuasa Multimedia/PromosiINSTUNSr Fazili Anuar bin Md Yusuf
Jawatankuasa CenderamataJMNPkEn. Mohd Faizal Bin Jani
Jawatankuasa Aturcara & ProtokolUM
JMNS
Dr Raihana Abdul Wahab
En.  Shamsul Zahri bin Mohd  Salleh
Jawatankuasa PerhubunganJAKIM
UM
En. Khairul Anuar Yazid
Dr Mohd Hafiz Saadon
Jawatankuasa TeknikalJMSTuan Haji Hardi bin Mohamad Sadali

Nota:

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
Universiti Malaya (UM)
Persatuan Jurufalak Syar’ie (JUFAS)
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS)
Jabatan Mufti Selangor (JMS)
Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Hubungi SARAS 2021 di emel berikut: saras2021p@gmail.com atau hubungi +6013 451 8714 Sr Siti Arifah Abdul Kader (INSTUN)