1. Balai Cerap Negeri Sembilan kini tersergam indah dah identiti kubah bulat nya. Cantik dan menjadi tarikan utama bagi mesyuarat-mesyuarat kerajaan di Port Dickson.
2. Ketika saya memulakan pengajian sebagai pelajar Program Astronomi Islam di Universiti Malaya pada tahun 2010, kubah bulat ini masih belum ada. Cerapan anak bulan Ramadhan dan Syawal dilakukan pada satu bangunan dua tingkat yang simple, sesuai dgn tujuan nya.
3. Ketika ini, penggunaan kamera Digital seperti DSLR baru sahaja beberapa tahun diperkenalkan di Balai Cerap Negeri Sembilan. Pada sebelum tahun 2006, kebanyakkan cerapan dilakukan dengan menggunakan teleskop pantulan, binocular dan theodelit sahaja.

Tempat Melihat Anak Bulan di Telok Kemang, Negeri Sembilan sebelum dinaik taraf
4. Penggunaan kamera digital amat penting, kerana ia membantu pengesanan kenampakan anak bulan. Malah imej anak bulan boleh direkodkan bagi tujuan penyelidikan akan datang.
5. Pada Tahun 1970, untuk menggunakan teleskop bagi cerapan anak bulan boleh dikatekan satu tindakan yang tidak meluas dan masih diperdebatkan. Kebanyakkan pencerap Ramadhan dan Syawal menggunakan theodelit dan binocular.
6. Kelemahan theodelit ini adalah ianya lebih sesuai sebagai alat ukuran pemetaan, dan bukan alat pengesan anak bulan yang nipis. Maka, apabila teleskop pantulan mula diperkenalkan pada sekitar 1990-an, usaha pengesanan anak bulan menjadi semakin baik.

Balai Cerap Ngeri Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
7. Sejak 2006, penggunaan kamera digital seperti DSLR dan CCD telah merevolusikan cerapan anak bulan di Malaysia. Ia membolehkan imej hilal direkod, dianalisis secara makmal dan dinilai secara objektif, sekali gus mengukuhkan proses pensabitan kenampakan anak bulan Ramadan dan Syawal.
8. Salah satu contoh analisis yang boleh dijalankan adalah analisis automasi pengenasanan anak bulan dengan menggunakan komputer.
9. Inilah kajian yang kami buat pada data anak bulan dari tahun 2006 hingga 2025, iaitu selama 20 tahun dan melibatkan lebih 70 imej anak bulan.
10. Moga kajian ini boleh menjadi manfaat kepada perkembangan pengimejan kenampakan anak bulan Ramadhan dan Syawal bagi Malaysia, dan seluruh umat Islam di Dunia.
Jika berminat untuk membaca kajian ini, boleh lihat:
https://www.researchgate.net/publication/399158351_Automated_Lunar_Crescent_Extraction_from_Astronomical_Imaging_Using_Python-Based_Vision_Algorithms
